Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap dan kawasan sederhana dunia.

1. Pertanian

Di kawasan tropika lembap, penerimaan bahang suria sepanjang tahun (panas sepanjang tahun) menggalakkan kegiatan pertanian dijalankan sepanjang tahun. Pelbagai jenis tanaman tropika dapat ditanam seperti getah, kelapa sawit, padi, koko, dan sebagainya. Di kawasan sederhana dunia, penerimaan bahang matahari yang sederhana menyebabkan kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan sepanjang tahun kerana dipengaruhi oleh faktor musim. Kegiatan pertanian terhad semasa musim sejuk. Bilangan hari menanam sehingga hasil dituai juga singkat.

2. Pembalakan

Suhu yang tinggi sepanjang tahun ( purata 27 ÂșC ), dan hujan yang lebat sepanjang tahun di kawasan tropika lembap menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika. Pelbagai species pokok kayu keras seperti meranti, keruing, balau, dan cengal tumbuh di kawasan hutan tersebut. Keadaan ini menggalakkan kegiatan pembalakan di kawasan tersebut. Di kawasan sederhana dunia , suhunya yang sederhana menggalakkan pertumbuhan pokok kayu lembut yang sesuai untuk dijadikan pulpa dan kertas seperti pokok fir, cedar, douglas dan sprus. Kerja-kerja pembalakan dijalankan pada musim sejuk kerana pada masa tersebut getah pokok membeku dan kayu-kayu balak mudah untuk diangkut ke tebing-tebing sungai berdekatan.


3. Perikanan

Penerimaan bahang matahari yang sederhana di kawasan tropika lembap, menggalakkan pertumbuhan plankton - menggalakan pembiakan ikan - kegiatan perikanan dijalankan dengan giat di kawasan tropika lembap. Di kawasan sederhana dunia, kegiatan perikanan terhenti semasa musim sejuk kerana air yang membeku dan wujudnya kabus yang menyukarkan kegiatan perikanan dijalankan.


4. Penternakan

Di kawasan tropika lembap kegiatan penternakan dapat dijalankan sepanjang tahun. Penerimaan bahang suria sepanjang tahun akan menggalakan pertumbuhan rumput. Di kawasan sederhana dunia kegiatan ternakan dilepas bebas pada musim bunga dan musim panas. Pada musim dingin ternakan akan dimasukkan ke kandang.

5. Pelancongan sukan

Penerimaan bahang matahari sepanjang tahun di kawasan tropika lembap menggalakkan kemasukan pelancong sepanjang tahun. Pelancong-pelancong terutama dari negara yang mengalami musim sejuk akan melancong ke kawasan tropika. Di kawasan sederhana dunia aktiviti sukan dijalankan semasa musim sejuk seperti permainan ski.

6. Perindustrian

Bahang matahari dapat mempengaruhi berapa jenis industri. Ikan kering dan tembakau memerlukan bahang matahari untuk tujuan pengeringan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan