1. Kejadian empat musim
- Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga ), Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mcngalami musim lurah.
- Pada 21 Jun ( solstis musim panas) , kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim sejuk.
- Pada 23 September ( ekuinoks musim. luruh ), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia hemisfera sclalan mengalami musim bunga.
- Pada 22 Disember ( solstis musim sejuk kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim sejuk dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim panas.
2. Perbezaan panjang siang dan malam antara kawasan semasa solstis ·
- Pada 21 Jun ( soltis musim panas ), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada malam dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi siang. Kutub utara mengalami panjang waktu siang hampir 24 jam dan kutub selatan mengalami panjang waktu malam hampir 24 jam. Kawasan khatulistiwa panjang siang dan malam yang hampir sama
- Pada 22 Disember ( soltis musim sejuk ), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang siang melebihi malam. Kutub utara mengalami panjang waktu malarn hampir 24 jam dan kutub selatan mengalami panjang waktu siang hampir 24 jam. Kawasan khatulistiwa panjang siang dan malam yang hampir sama.
3. Kejadian gerhana
- Apabila bumi berada pada kedudukan di antara matahari dan bulan - bayang bumi akan jatuh pada bulan dan keadaan ini akan menyebabkan berlakunya gerhana bulan. Sekiranya bulan berada antara bumi dengan matahari maka bayang bulan akan jatuh ke permukaan matahari dan keadaan ini akan menyebabkan berlaku gerhana matahari.
- Kedudukan matahari tengah hari berubah ubah seiring dengan perubahan musim. Pada 21 Jun ( solstis musim panas ) tergak, di atas garisan sartan. Pada 22 Disember (soltis musim dingin) tegak di atas garisan jadi. Pada 21 Mac dan 23 September (ekuinoks) - tegak di atas garisan khatulistiwa.
- Perihelion dan aphelion merujuk kepada jarak bumi dengan matahari ketika bumi berada orbitnya yang elips. Prihelion (near sun) - paling hampir iaitu kira-kira 147 juta km yang berlaku pada 3 januari manaka efelion (away from) pula -paling jauh iaitu kira kira 152 juta km yang berlaku pada 4 Julai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan