Huraikan pengaruh kejadian empat musim terhadap aktiviti pertanian di kawasan sederhana dunia.


MUSIM BUNGA

MUSIM PANAS

MUSIM LURUH

MUSIM SEJUK

Membajak dan menuai biji benih

Membajak - Menanam - Membaja - Menuai/ mengutip hasil

Menuai/ mengutip hasil pada awal musim bunga

Terhad tetapi aktiviti membajak dijalankan di sesetengah kawasan

Huraikan pengaruh kejadian empat musim terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap dan sederhana dunia.


AKTIVITI

TROPIKA LEMBAB

SEDERHANA DUNIA

Pertanian

Dijalankan sepanjang tahun

Bermula pada musim bunga dan berakhir sebelum musim sejuk. Pertanian terhad pada musim sejuk

Perikanan

Dijalankan sepanjang tahun

Terhenti pada musim sejuk

Pembalakan

Dijalankan sepanjang tahun

Dijalan secara giat pada musim sejuk

Perindustrian/IKS

Dijalankan sepanjang tahun

Industri pengeringan dijalankan secara giat pada musim panas

Pelancongan

Dijalankan sepanjang tahun

Terhenti pada musim sejuk

Penternakan

. Dijalankan sepanjang tahun

Temakan dikandang pada musim sejuk dan dilepas bebas pada musim panas.

Sukan

Dijalankan sepanjang tahun

Sukan musim sejuk dijalankan pada musim sejuk

Pemburuan

Dijalankan sepanjang tahun

Dijalankan secara giat pada musim sejuk

Huraikan pengaruh kejadian empat musim terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap dan sederhana dunia.


AKTIVITI

TROPIKA LEMBAB

SEDERHANA DUNIA

Pertanian

Dijalankan sepanjang tahun

Bermula pada musim bunga dan berakhir sebelum musim sejuk. Pertanian terhad pada musim sejuk

Perikanan

Dijalankan sepanjang tahun

Terhenti pada musim sejuk

Pembalakan

Dijalankan sepanjang tahun

Dijalan secara giat pada musim sejuk

Perindustrian/IKS

Dijalankan sepanjang tahun

Industri pengeringan dijalankan secara giat pada musim panas

Pelancongan

Dijalankan sepanjang tahun

Terhenti pada musim sejuk

Penternakan

. Dijalankan sepanjang tahun

Temakan dikandang pada musim sejuk dan dilepas bebas pada musim panas.

Sukan

Dijalankan sepanjang tahun

Sukan musim sejuk dijalankan pada musim sejuk

Pemburuan

Dijalankan sepanjang tahun

Dijalankan secara giat pada musim sejuk

Jelaskan kesan peredaran bumi bumi mengelilingi matahari

1. Kejadian empat musim
  • Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga ), Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mcngalami musim lurah.
  • Pada 21 Jun ( solstis musim panas) , kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim sejuk.
  • Pada 23 September ( ekuinoks musim. luruh ), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia hemisfera sclalan mengalami musim bunga.
  • Pada 22 Disember ( solstis musim sejuk kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim sejuk dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim panas.

2. Perbezaan panjang siang dan malam antara kawasan semasa solstis ·
  • Pada 21 Jun ( soltis musim panas ), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada malam dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi siang. Kutub utara mengalami panjang waktu siang hampir 24 jam dan kutub selatan mengalami panjang waktu malam hampir 24 jam. Kawasan khatulistiwa panjang siang dan malam yang hampir sama
  • Pada 22 Disember ( soltis musim sejuk ), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang siang melebihi malam. Kutub utara mengalami panjang waktu malarn hampir 24 jam dan kutub selatan mengalami panjang waktu siang hampir 24 jam. Kawasan khatulistiwa panjang siang dan malam yang hampir sama.

3. Kejadian gerhana
  • Apabila bumi berada pada kedudukan di antara matahari dan bulan - bayang bumi akan jatuh pada bulan dan keadaan ini akan menyebabkan berlakunya gerhana bulan. Sekiranya bulan berada antara bumi dengan matahari maka bayang bulan akan jatuh ke permukaan matahari dan keadaan ini akan menyebabkan berlaku gerhana matahari.
4. Perubahan kedudukan kelinggian matahari tengah hari
  • Kedudukan matahari tengah hari berubah ubah seiring dengan perubahan musim. Pada 21 Jun ( solstis musim panas ) tergak, di atas garisan sartan. Pada 22 Disember (soltis musim dingin) tegak di atas garisan jadi. Pada 21 Mac dan 23 September (ekuinoks) - tegak di atas garisan khatulistiwa.
5. Kejadian perihelion dan afelion
  • Perihelion dan aphelion merujuk kepada jarak bumi dengan matahari ketika bumi berada orbitnya yang elips. Prihelion (near sun) - paling hampir iaitu kira-kira 147 juta km yang berlaku pada 3 januari manaka efelion (away from) pula -paling jauh iaitu kira kira 152 juta km yang berlaku pada 4 Julai.

Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap dan kawasan sederhana dunia.

1. Pertanian

Di kawasan tropika lembap, penerimaan bahang suria sepanjang tahun (panas sepanjang tahun) menggalakkan kegiatan pertanian dijalankan sepanjang tahun. Pelbagai jenis tanaman tropika dapat ditanam seperti getah, kelapa sawit, padi, koko, dan sebagainya. Di kawasan sederhana dunia, penerimaan bahang matahari yang sederhana menyebabkan kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan sepanjang tahun kerana dipengaruhi oleh faktor musim. Kegiatan pertanian terhad semasa musim sejuk. Bilangan hari menanam sehingga hasil dituai juga singkat.

2. Pembalakan

Suhu yang tinggi sepanjang tahun ( purata 27 ÂșC ), dan hujan yang lebat sepanjang tahun di kawasan tropika lembap menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika. Pelbagai species pokok kayu keras seperti meranti, keruing, balau, dan cengal tumbuh di kawasan hutan tersebut. Keadaan ini menggalakkan kegiatan pembalakan di kawasan tersebut. Di kawasan sederhana dunia , suhunya yang sederhana menggalakkan pertumbuhan pokok kayu lembut yang sesuai untuk dijadikan pulpa dan kertas seperti pokok fir, cedar, douglas dan sprus. Kerja-kerja pembalakan dijalankan pada musim sejuk kerana pada masa tersebut getah pokok membeku dan kayu-kayu balak mudah untuk diangkut ke tebing-tebing sungai berdekatan.


3. Perikanan

Penerimaan bahang matahari yang sederhana di kawasan tropika lembap, menggalakkan pertumbuhan plankton - menggalakan pembiakan ikan - kegiatan perikanan dijalankan dengan giat di kawasan tropika lembap. Di kawasan sederhana dunia, kegiatan perikanan terhenti semasa musim sejuk kerana air yang membeku dan wujudnya kabus yang menyukarkan kegiatan perikanan dijalankan.


4. Penternakan

Di kawasan tropika lembap kegiatan penternakan dapat dijalankan sepanjang tahun. Penerimaan bahang suria sepanjang tahun akan menggalakan pertumbuhan rumput. Di kawasan sederhana dunia kegiatan ternakan dilepas bebas pada musim bunga dan musim panas. Pada musim dingin ternakan akan dimasukkan ke kandang.

5. Pelancongan sukan

Penerimaan bahang matahari sepanjang tahun di kawasan tropika lembap menggalakkan kemasukan pelancong sepanjang tahun. Pelancong-pelancong terutama dari negara yang mengalami musim sejuk akan melancong ke kawasan tropika. Di kawasan sederhana dunia aktiviti sukan dijalankan semasa musim sejuk seperti permainan ski.

6. Perindustrian

Bahang matahari dapat mempengaruhi berapa jenis industri. Ikan kering dan tembakau memerlukan bahang matahari untuk tujuan pengeringan.

Huraikan peranan tenaga suria terhadap hidupan di permukaan bumi.

1. Peranan terhadap tumbuhan

a. Perpeluhan

Perpeluhan - kehilangan air daripada tumbuhan melalui liang-liang stoma daun. Sinaran matahari menyebabkan liang stoma daun terbuka yang seterusnya mempengaruhi proses perpeluhan tumbuhan. Perpeluhan tumbuhan membekalkan wap-wap air atmosfera -menggalakkan pembentukan kerpasan. Kadar perpeluhan tinggi di kawasan yang menerima bahang matahari yang tinggi seperti di kawasan tropika lembap berbanding kawasan yang menerima bahang matahari yang minimum.

b. Fotosentesis dan pengeluaran makanan

Tenaga suria diserap oleh klorofil dalam daun dan kemudiannya ditukarkan kepada. tenaga kimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk mensentesis karbohidrat daripada air dan karbon dioksida dan membebaskan oksigen. Tenaga matahari telah ditukarkan kepada tenaga kimia dan disimpan dalam molekul-molekul karbohidrat.

c. Perbezaan ciri dan pola tumbuhan mengikut kawasan

Di kawasan khatulistiwa (menerima bahang suria sepanjang tahun ). Ciri tumbuhannya malar hijau, berdaun lebar, berakar banir, tinggi , berkayu keras dan bercampur-campur. Di kawasan sederhana dunia ( penerima bahang suria yang sederhana ). Ciri hutannya jenis dirian tulen, berkayu lembut dan mempunyai daun yang lebih halus ( supaya tahan kepada keadaan sejuk dan bersalji )

2. Peranan terhadap haiwan haiwan

a. Respirasi

Bahang suria diperlukan oleh haiwan untuk proses respirasi. Proses ini diperlukan bagi mengimbangi suhu badan haiwan-haiwan tersebut. Kesannya haiwan akan lebih sihat.

b. Perbezaan jenis dan ciri haiwan

Di kawasan tropika lembap terdapat haiwan-haiwan yang sesuai dengan bahang suria yang panas sepanjang tahun seperti harimau, monyet, rusa, badak sunibu dan seumpamanya. Di kawasan sederhana dunia kebanyakan haiwan yang mendiami kawasan tersebut lebih tahan kepada cuaca sejuk seperti beruang, arnab, dan seumpunanya. Kebanyakan haiwan yang mendiami kawasan sederhana dunia dan artik berbulu tebal ( tahan kepada suhu yang sejuk ).

Jelaskan ciri permukaan bumi semasa ekuinoks


BIL

EKUINOKS MUSIM BUNGA

EKUINOKS MUSIM LURUH

1

Matatahari tegak di atas garisan Khatulistiwa

Matahari tegak di atas garisan khatulistiwa

2

Berlaku pada 21 Mac setiap tahun

Berlaku pads 23 September setiap tahun

3

Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim bunga manakala kawasan sederhana dunia di hemisfera selatan mengalami musim luruh.

Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh manakala kawasan sederhana dunia di hemisfera selatan mengalami musim bunga

4

Semua kawasan di permukaan bumi mengalami siang dan malam yang hampir sama panjang

Semua kawasan di permukaan bumi mengalami siang dan malam yang hampir sama panjang