Huraikan peranan tenaga suria terhadap hidupan di permukaan bumi.

1. Peranan terhadap tumbuhan

a. Perpeluhan

Perpeluhan - kehilangan air daripada tumbuhan melalui liang-liang stoma daun. Sinaran matahari menyebabkan liang stoma daun terbuka yang seterusnya mempengaruhi proses perpeluhan tumbuhan. Perpeluhan tumbuhan membekalkan wap-wap air atmosfera -menggalakkan pembentukan kerpasan. Kadar perpeluhan tinggi di kawasan yang menerima bahang matahari yang tinggi seperti di kawasan tropika lembap berbanding kawasan yang menerima bahang matahari yang minimum.

b. Fotosentesis dan pengeluaran makanan

Tenaga suria diserap oleh klorofil dalam daun dan kemudiannya ditukarkan kepada. tenaga kimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk mensentesis karbohidrat daripada air dan karbon dioksida dan membebaskan oksigen. Tenaga matahari telah ditukarkan kepada tenaga kimia dan disimpan dalam molekul-molekul karbohidrat.

c. Perbezaan ciri dan pola tumbuhan mengikut kawasan

Di kawasan khatulistiwa (menerima bahang suria sepanjang tahun ). Ciri tumbuhannya malar hijau, berdaun lebar, berakar banir, tinggi , berkayu keras dan bercampur-campur. Di kawasan sederhana dunia ( penerima bahang suria yang sederhana ). Ciri hutannya jenis dirian tulen, berkayu lembut dan mempunyai daun yang lebih halus ( supaya tahan kepada keadaan sejuk dan bersalji )

2. Peranan terhadap haiwan haiwan

a. Respirasi

Bahang suria diperlukan oleh haiwan untuk proses respirasi. Proses ini diperlukan bagi mengimbangi suhu badan haiwan-haiwan tersebut. Kesannya haiwan akan lebih sihat.

b. Perbezaan jenis dan ciri haiwan

Di kawasan tropika lembap terdapat haiwan-haiwan yang sesuai dengan bahang suria yang panas sepanjang tahun seperti harimau, monyet, rusa, badak sunibu dan seumpamanya. Di kawasan sederhana dunia kebanyakan haiwan yang mendiami kawasan tersebut lebih tahan kepada cuaca sejuk seperti beruang, arnab, dan seumpunanya. Kebanyakan haiwan yang mendiami kawasan sederhana dunia dan artik berbulu tebal ( tahan kepada suhu yang sejuk ).

1 ulasan:

  1. Astagfirullah... semoga kita dijauhi perkara-perkara yang tidak diredhoi oleh Allah SWT...

    BalasPadam