1 Sistem
Satu set angkubah yang saling bertindak balas antara satu sama lain yang mempunyai tenaga dan bahan di mana tenaga dan bahan tersebut boleh keluar masuk dari sistem tersebut.
2. Sistem Bumi
Satu gabungan sistem dalam persekitaran fizikal burni iaitu atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera yang berinteraksi dalam persekitaran fizikal bumi .
3. Sistem Suria
Salah satu daripada sistem yang terdapat di dalam Galaksi Bima Sakti ( Milky Way ) yang terdiri daripada planet-planet dan bintang-bintang yang mengelilingi matahari mengikut orbit yang berbeza pada satah yang rata.
4. KECONDONGAN PAKSI BUMI
Satu garisan condong sebanyak 23 1/2° daripada satah tegak yang di lukis dari utara ke selatan melalui bahagian tengah bumi di mana paksi ini sentiasa bekeadaan selari pada setiap kedudukan ( lokasi ).
5. PUTARAN BUMI
Putaran bumi di atas paksinya yang condong sebanyak 23 1/2°daripada satah tegak dan dari arah barat ke timur dengan mengambil mass 23 jam 56 minit ( 1 hari ) bagi melengkapkan satu pusingan.
6. PEREDARAN BUMI
Pergerakan bumi di atas orbitnya yang elips mengikut arah lawan jam dengan mengambil masa 365 1/4 hari (1tahun) bagi melengkapkan satu peredaran.
7. SOLSTIS
Satu keadaan di mana matahari tegak di atas garisan jadi atau garisan sartan yang berlaku pada 21 Jun dan 22 Disember yang menyebabkan berlakunya musim panas atau dingin.
8. SOLSTIS MUSIM PANAS
Satu keadaan di mana matahari tegak di atas garisan sartan yang berlaku pada 21 Jun yang menyebabkan berlakunya musim panas di hemesfera utara.
9. SOLSTIS MUSIM DINGIN
Satu keadaan di mana matahari tegak di atas garisan jadi yang berlaku pada 22 Disember yang menyebabkan berlakunya musim sejuk di hemisfiera utara.
10 EKUINOKS
Satu keadaan di mana matahari tegak di atas garisan khatulistiwa yang berlaku pada 21 Mac dan 23 September yang menyebabkan berlakunya musim bunga dan musim luruh.
11 EKUINOKS MUSIM BUNGA
Satu keadaan di mana matahari tegak di atas garisan khatulistiwa yang berlaku pada 21 Mac yang menyebabkan berlakunya musim bunga di hemesfera utara.
12. EKUINOKS MUSIM LURUH
Satu keadaan di mana matahari tegak di alas garisan khatulistiwa yang berlaku pada 23 September yang menyebabkan berlakunya musim luruh di hemesfera utara.
13. GERHANA
Gerhana merujuk kepada gerhana matahari dan bulan yang berlaku akibat peredaran bumi dan bulan menyebabkan kedudukan bulan, bumi dan matahari berada dalam satah mendatar yang sama.
14. PERIHELION DAN AFELION
Perihelion ( near sun ) merujuk kepada jarak burni dengan matahari yang paling hampir iaitu kira-kira 147 juta km yang berlaku pada 3 Januari manakala afelion (away from ) pula merujuk kepada jarak burni dengan matahari yang paling jauh iaitu kira-kira 152 juta km yang berlaku pada 4 Julai.
15. TENAGA EKSOGENIK
Tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu daripada matahari yang diterima dalam bentuk tenaga sinaran dan kemudiannya akan ditukarkan kepada tenaga haba dan tenaga kimia oleh permukaan dan hidupan di bumi.
16. DAYA KORIOLIS
Daya pesongan yang terhasil semasa sesuatu objek bergerak dalam lingkungan satu koordinat yang sedang berputar menyebabkan berlakunya pembiasan objek tersebut ( contohnya angin ).
17. TENAGA ENDOGENIK
Tenaga yang berpunca daripada dalaman bumi iaitu dari lapisan mantel yang bergerak dalam bentuk arus perolakan ke permukaan bumi lalu menghasilkan pelbagai fenomena sama ada di dalam atau di permukaan bumi.
thanks!!!1
BalasPadamThanks...sangat berguna info ini
BalasPadamThank
BalasPadamTq
BalasPadam