| Bil | Isi | Huraian dan contoh |
| 1. | Kejadian empat musim dalam setahun | · Pada 21 Mac (ekuinoks musim bunga), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim luruh. · Pada 21 Jun (solstis musim panas), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim sejuk. · Pada 23 September (ekuinoks musim luruh), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim bunga. · Pada 23 Disember (solstis musim sejuk), kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim panas. |
| 2. | Perbezaan panjang siang dan malam semasa solstis | · Pada 21 Jun ( soltis musim panas ), Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada malam manakala kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi siang. · Pada 22 Disember ( soltis musim dingin ), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang siang melebihi malam. |
| 3. | Perubahan kedudukan Kedudukan matahari tengah hari pada latitud. | · Pada 21 Jun ( soltis musim panas ), matahari tengah hari tegak di atas garisan sartan. · Pada 22 Disember ( soltis musim dingin ), matahari tengah hari tegak di atas garisan jadi. · Pada 21 Mac dan. 23 September ( ekuinoks) matahari tengah hari tegak di atas garisan khatulistiwa. |
Harapan penulis dapat memberi sedikit sumbangan kepada para pelajar STPM untuk mendapatkan maklumat maklumat mengenai Geografi Alam Sekitar Fizikal.
Memaparkan catatan dengan label 5. Huraikan kesan kecondongan paksi bumi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 5. Huraikan kesan kecondongan paksi bumi. Papar semua catatan
Huraikan kesan kecondongan paksi bumi
Langgan:
Catatan (Atom)